Monday, February 21, 2011

MP


HAI KAWAN-KAWAN, APA KATA KORANG BACA BLOG BAWAH NI, ERIC ADA TERJUMPA BLOG NI DAN ERIC RASA TERTARIK DENGAN BLOG NI,JUST NAK SHARE DENGAN KORANG JER,MACAM BEST KALAU BUAT DRAMA,HEHEHE...TAJUK BLOG NI  “MP”

“MP”
Lama betul tak update blog ni,dulu waktu first time buat blog ni rajin jer update,awal-awal jelah..pastu tinggal macam tu jer..tp ada satu perkara yg membuatkan saya tiba-tiba nak tulis sesuatu kt blog ni untuk saya kongsi kan dgn pembaca.
“apa perasaan korang bila org yg anda sayang dan cinta terlibat dalam kemalangan yg teruk dan sehingga menyebabkan dia cedera teruk,patah tangan dan mukanya pun sudah berubah?”
Perasaan saya kat dia tak berubah,,still sama..masih sayang..masih cinta..
Sebenarnya,orang yang saya maksudkan ni bukan lah girlfriend saya, tp orang yg saya suka. Saya sukakannya kerana dia adalah seorang gadis yang comel dan kecomelan dia terserlah dengan sifat periangnya. Saya sangat suka tengok dia.  Setiap hari memikirkan dia. Saya rasa dia tahu yang saya sukakan dia.  Kadang-kadang adalah jugak saya dan dia bersms,calling-calling..
Pertemuan pertama saya dengan dia mestilah di tempat belajar saya,dia ni senior saya, kali pertama saya melihatnya ketika saya berada didalam kelas,ketika itu dia hanya lalu saja,dalam hati saya berkata “lawanya dia nih”..tapi selepas itu lama saya tak Nampak dia dan saya tertanya-tanya,dia ni pelajar sini ker?? Kali kedua saya berjumpa dengannya adalah ketika saya dan rakan saya yang selalu bawa kereta kenari pergi minum malam di Taman Dagang,saya hanya ikut je dan tak tahu pun dengan siapa kawan saya nak bawa berjumpa. Bila sampai disana,saya diperkenalkan kepada kawan-kpd kawan saya dan dia merupakan geng-geng senior tampat saya belajar. Dan apa yang mengejutkan saya adalah,gadis yang saya suka ni ada bersama disitu. Dari situ lah saya mula mengenalinya, dan baru saya tahu yang dia ni orang yang sangat kecoh,banyak mulut dan periang. Tapi sayang,dia tak lama kat situ dan balik awal..hmm..takper..boleh jumpa kt kolej nnt..
Kali ketiga saya bertemu dengannya adalah ketika saya hadir kelas pada hari sabtu,ketika itu dia sedang menjalani latihan di studio tari,ketika saya melintas di depannya,dia bergurau dgn rakan-rakannya yg mengatakan saya ni laki dia..wah..tp itu gurau jerk an..saya senyum je la..

Selepas itu hari berjalan seperti biasa, diantara saya dan dia,tiada apa-apa cerita,sehingga lah pada suatu hari,saya diajak olehnya untuk pergi casting sebuah teater muzikal. Saya pun pergi lah,tp saya pergi dulu sbb petang ada kelas..sedang tunggu turn nak casting,dia pun datang dengan kawan-kawan dia yang lain.. disitu kami bersembang lagi dan saya ni kira ada lah pengalaman sikit,bagi lah diorang tips2 lakonan. Tp kan...saya dengan dia tidak terpilih untuk persembahan teater muzikal tersebut,mungkin sbb kami ni tak pandai menyanyi kot.. hmm..kalau suh belakon okey la...dan dia pun kalau suh dia menari okey lah... menyanyi? Haaaaarrrrrrreeemmm..........

Sebenarnya banyak juga moment2  diantara saya dan dia.. saya pernah ajak dia tgk konsert p.ramlee walau pun itu fulldress jer... tp ajak la jugak..malam tu dia datang dengan ayu nyer..tp kan,saya ni muda lagi..nak beli kereta tak mampu..dtg pun tumpang kwn2 yg pergi tgk konsert tu jugk.. pastu saya Tanya dia yg dia balik nnt dgn apa? Dia pun kata, “ eh ,hantar lah!” sudah...saya ingatkan di nnt balik nain tren.tren pun bukannya jauh sgt,berhenti belakang rumah dia jer. So,kami tak tgk konsert tu sampai habis sbb dia nak balik da sbb kebetulan abg sedara dia lalu depan DBKL.. So,rasa bersalah pulak sbb tak hantarkan dia,sedangkan kita yg ajak dia tgk konsert tu skali...takperlahh..dah lepas..

Lepas tu kami hanya berhubung di FB..jer..di tempat belajar saya,saya ni cameraman dan juga pengarah MCP..lepas tu ada lah show  yang dia kena perform..saya lah yang kena rekod..tak sangka gurauan di FB betol jd kenyataan..saya ada bergurau ,kata “ takda siapapun nak tarik saya untuk joget lambak sekali dihujung persembahan malam pertama”.. pastu dia pun komen kt status fb saya tu dan mengatakan bahawa malam seterusnya dia akan menarik saya untuk berjoget bersama walaupun saya ditugaskan untuk menjaga salah satu dari 3 kamera malam tersebut. Memang betul malam tu dia tarik saya dan ajak joget bersama..apa lagi,gua pun joget lah..hahaha..lepas habis show..kiteorg pun bergambar lah,dan itulah buat kali pertamanya saya bergambar berdua dengannya dan satu-satunya gambar yang saya ada bersamanya.

Selepas itu saya dan dia menjadi semakin rapat,tapi xde lah rapat sgt,setakat pergi pasar tani sama-sama, jalan kaki dari tren ker kolej sama-sama.. mungkin itu semua biasa jer bagi dia..tp bagi saya tak,saya dah mula sayangkan dia..nak nak lagi bila dia dah mula ambil berat pasal saya.
Pernah ketika saya menjalani latihan untuk persembahan,saya dimarahi,ketika itu dia ada bersama,saya okey jer time tu..Cuma dia jela.. malam tu bila balik rumah,ada msg masuk dari dia dan dia menghantar msg yg sangat caring,..kadang-kadang dia yg hantar msg yg caring kt saya..tp bila saya hantar msg kt dia,jarang dia reply..konfius jugak.. dia ni da knp kan?

Masa banyak berlalu,byk jugak moment bersama dia dan saya masih ingat satu persatu. Saya tahu,dia ada boyfriend,tp kata rakan2 dia,dia dgn boyfriend dia dah mcm tak baik da..tp saya takde lah amik kesah pun..

Sambung balik pasal cerita dia eksiden, sebenarnya dia eksiden ketika dia dalam perjalanan hendak  menonton teater muzikal yg kami pergi casting dulu. Dia bawak motor dan dia dilanggar. Tp sedihnya,takda siapa pun bagitahu saya pasal dia eksiden,dan saya yang tahu sendiri selepas melihat wallpost dia yg penuh dgn kata2 semangat dari rakan2 kelasnya. Saya cuba mendapat kepastian tentang apa yang berlaku keatas diri dia, saya cuba call dia tapi tak berjawab,kali kedua saya call dia adik dia yang angkat,adik dia kata dia tak boleh cakap sebab gusi dia sakit. Memang betul lah dia sakit. Saya nak sangat jumpa dia dan tengok dia.. tp agak frust mula2 sbb dgr dia da balik s.alam dan akan balik ke pantai timur,tp saya masih belum terlambat,dia akan balik malam,jadi saya terus pergi kerumahnya bersama dengan seorang kakak yg juga rapat dengan dia..kiteorg naik tren jer..sebelum tu kiteorg singgah la kejap kt satu shoping complex ni,nak belikan buah mcm klise sgt utk org sakit..so kiteorg belikan lah dia coklat.. masuk dalam paper bag dan tampal lah kad ucapan..kiteorg suruh la akak counter tu tulis kan Get Well Soon.. tp bila dah dalam tren baru perasan yg akak counter tu silap tulis,dia tulis Get Weel Soon..hehe..takper lah..

Sampai dirumah dia, sedihnya hati saya melihat keadaan dia, tangannya patah berbalut simen,gigi dia jugak patah,gusi dan dagu dia berjahit. Dia terbaring dan sgt lemah..nak cakap pun tak boleh..airmata di a sentiasa mengalir.. saya tgk dia sampai dah tak tahu nak cakap apa kat dia..apatah lagi apabila boyfriend dia sentiasa ada disisi dia untuk menyuapkan dia makanan dan ubat serta mengelapkan airmata dia..setiap kali dia menelan makanan,airmata dia pasti menitis..apa yang boleh saya buat..saya hanya duduk dan melihat saja kesakitan yang dia alami. Sememangnya dia seorang wanita yang kuat dan mempunyai semangat untuk sembuh.

Terfikir dihati saya, saya sangat mencintai dia,tapi dia sudah ada orang yang mampu dan boleh menjaga dia dgn baik.. dalam fikiran saya adalah “??????” apa patut saya buat? Kawan2 saya kata, “time ni lah ko kena tunjuk kn yg ko caring pasal dia” saya mmg amik berat pasal dia,tp perlu ker saya tunjukkan kt dia yg saya amik berat pasal dia?? Salah tu.. so, saya konfius..Cuma saya harap dia cepat sembuh,dan kalau ada jodoh untuk saya dan dia, saya akan terima dia,walaupun mungkin wajahnya akan berubah dari dia yg dulu,tp saya cintakan perwatakan periangnya,bukan kerana rupa parasnya..

Cepatlah sembuh yer  MP!!!


2 comments:

  1. sabar r eric ... mayb ada hikmah dlm setiap apa yg terjd . kuatkan semangat ko k. teruskan dgn apa yg ko rs .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eeka, ni citer yang eric jumpe kat satu blog je la.. Bukan die yang kena.. Hehehe.. :D

      Delete